Thursday, September 10, 2009


salam wat sume... nape la... letak gambo ni?huhu... ni la pameran katil kat carrefour amman... saje je... upload gambo ni.. agak attractive kan...hehe...
hampir 2 minggu lebih dok kat mu'tah jordan ni... hmm.. macam2.. liku, rintangan, teluk, tanjung sume dilalui...adui..
kene kaco nagn arab tu besela... ardhu kinanah.. tapi alhamdulillah................ sangat2 dapat owner yang baik... we called mama... and baba..hehe,... sweet...
kre bestla... agak2... every week dapat makan anggur,buah tin free..hehe... alhamdulillah..
agak suntuk masa daku untuk terus menaip blog ni.. terpaksa meninggalkan...
banyak yang nak dikongsi.. tapi masa belum mengizinkan... bagi yang nak melanjutkan pelajaran kat cni atau nak jalan2 kat cni, leh je la contact diri ini..huhu.. walaupun baru 2 minggu kat sni.. tapi bolehla agak2 dapat menyesuaikan diri..hehe
SELAMAT BERPUASA BUAT SUMA DAN SALAM RAMADHAN DARI JORDAN..'ARDHU KINANAH'

Tuesday, June 16, 2009

ADAKAH ANDA KREATIF??

salam perjuangan buat semua teman.. maybe nobody want to read my story but i enjoy to share with other people..

adakah anda berfikiran kreatif atau hanya kelihatan kreatif??

adakah anda percaya bahawa semua orang yang kreatif mempunyai IQ yang tinggi?
mungkin tanggapan anda betul dan mungkin tidak. jom kita tengok.

mengikut kajian golongan yang berfikiran kreatif akan mempengaruhi IQ nya namun tidak semestinya juga orang yang IQ mahir berfikiran kreatif.

ANda di golongan yang mana??

Soalan yang selalu saya soalkan pada teman ialah "Apakah kegunaan pensil?"

sudah semestinya untuk menulis, melukis dan mewarna.

namun disini bagaimana idea kreatif berfungsi??
"kegunaan pensil ialah memalsukan tandatangan. mungkin ada juga jawapan untuk mencucuk orang, mengugut dan menghabiskan kertas".

tak semestinya idea kreatif memerlukan logik akal.. namun idea kreatif ialah idea yang mungkin jarang atau tidak pernah didengar..

mengikut kajian juga, golongan yang kreatif biasanya lahir dari keluarga usahawan manakala golongan yang IQ tinggi lahir daripada keluarga yang kerjaya profesional.

ciri-ciri kreatif: -ORANG YANG TETAP PENDIRIANNYA
-MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN PENDAPAT PERIBADI
-BOLEH MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN
-TIDAK MEMILIKI MENTALITI APA YANG ORANG LAIN KATA

Individu yang tinggi IQ tapi rendah kreativiti mereka takut dikritik dan berusaha menjadi orang lain.ANDA DARI GOLONGAN YANG MANA??? fikir-fikirkan...

Saturday, March 28, 2009

KENALI MUSUH ANDA

MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Wahai rakan seperjuanganku sekalian adakah anda mengenali Mustafa Kamal Attartuk??

Beliau merupakan pemerintah TURKI dan penyebab kepada jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyah dan pemerintahan yang melaksanakan sistem secular pertama di TURKI.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, mengapakah saya membincangkan pemerintah musuh ISLAM ini?? Saya perhatikan umat Islam kini tidak mengenal musuh mereka sendiri. Mungkin sebab itulah remaja Islam kini terlalu leka dengan serangan BARAT yang menular.. malah pemerintah kita sendiri asyik leka dan tidak tahu musuh di depan mata mereka.


Antara ciri-ciri pemerintahan beliau:

1. Perempuan dibolehkan memakai tudung dgn syarat memakai skirt.
2. Lelaki dibolehkan memakai seluar panjang dgn syarat bertali leher dan bertopi.
3. Wanita dan lelaki hendaklah menari di khalayak ramai sebagai tanda penerimaan terhadap budaya barat.
4. Menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak memakai pakaian moden.
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Menggalakkan umat Islam meninggalkan agama dan menjadi atheist (tidak mempercayai kewujudan tuhan dan agama)
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki turut diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. dan mengukir patung-patung serta tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Mendakwa agama dan urusan harian adalah dua perkara berbeza. Agama harus dihapuskan demi kemajuan.
10.Membatalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. (pada waktu kini, masjid dibuka hanya untuk beberapa minit sehari mengikut waktu solat yg ditetapkan)
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Di saat kematian Attartuk, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi .

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


Begitulah balasan kepada musuh Allah swt. Janganlah angkuh dengan kemegahan yang Allah berikan. Ianya milik Allah.renung-renungkanlah wahai sahabatku...wallahu a'lam.

Monday, February 2, 2009

Mencari CINTA

Assalamualaikum..pembuka bicara..
kalau sentuh bab cinta mesti semua buka mata..bagi yang sedang mencari cinta telitilah penulisan ini agar dapat memberi panduan untuk semua..


Orang yang berkata jujur memperoleh 3 hal iaitu:
1)kepercayaan
2)cinta
3)rasa hormat
-saidina Ali Abi Talib-


Daripada Ibnu Majah daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah saw bersabda,maksudnya: "seseorang wanita dinikahi kerana 4 perkara.
1)Hartanya
2)Kecantikannya
3)Keturunannya
4)Agamanya
kahwinilah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya semoga engkau akan dapat ketenteraman."(riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud, Nasai)
I

bagi mereka yang putus cinta bersama manusia jangan risau kerana ianya hanya dedebu yang kita sentiasa menangkapnya namun tidak akan peroleh. Allah ingin memberi kita ruang dan kesempatan untuk memperoleh cinta yang lebih lumayan.. CINTA ALLAH DAN RASUL.

berkata mengenai cinta Rasul ni teringat saya pada suatu cerita pada masa Rasulullah ingin bertemu Allah swt.

detik-detik Rasulullah mengahadapi sakaratul maut..

pada pagi itu walaupun langit mulai menguning dan burung enggan mengepakkan sayapnya Rasulullah saw dengan suara terbatasnya memberi khutbah. "wahai umatku kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta-Nya. maka taatilah dan bertakwalah kepada-Nya. ku wariskan 2 perkara kepada kalian: Al-Quran dan sunnahku. barangsiapa mencintai sunnahku beerti dia mencintai aku dan kelak orang yang mencintai aku akan masuk syurga bersamaku." khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw yang tenang menatap sahabatnya satu persatu.

para sahabat datang mengunjungi Rasulullah dan ketika itulah Izrail ingin melakukan tugasnya. sebelum itu Jibril dipanggil Rasulullah saw:

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yang lemah."pintu-pintu langit terbuka para malaikat telah menanti rohmu. semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.tapi ternyata tidak membuat Rasulullah saw lega matanya penuh kecemasan.khabarkan aku bagaimana nasib umatku kelak,tanya baginda.

"jangan kuwatir Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman padaku: "Ku haramkan syurga bagi sesiapa kecuali umat Muhammad telah berada dalamnya."


sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tak tertahan. "Ya Allah dasyat sungguh maut ini."Ya Allah dasyat sungguh maut ini,timpakan saja padaku jangan pada umatku." badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dadanya mulai tidak bergerak lagi. bibirnya bergerak seakan hendak membisikkan sesuatu ,Ali segera mendekatkan telinganya "uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanakum".-peliharalah solat dan peliharalah orang lemah antaramu."di luar pintu sahabat saling berpelukan dan Fatimah menutup wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinya ke bibir Rasulullah "ummati,ummati,ummati". dan berakhirlah riwayat hidup manusia yang memberi sinaran..


sayangnya Rasulullah pada umatnya. ADAKAH CINTA KITA PADA NABI SEHEBAT CINTA RASULULLAH PADA KITA????

akan disambung lagi..
ikuti pula kisah kehebatan cinta.