Saturday, March 28, 2009

KENALI MUSUH ANDA

MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Wahai rakan seperjuanganku sekalian adakah anda mengenali Mustafa Kamal Attartuk??

Beliau merupakan pemerintah TURKI dan penyebab kepada jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyah dan pemerintahan yang melaksanakan sistem secular pertama di TURKI.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, mengapakah saya membincangkan pemerintah musuh ISLAM ini?? Saya perhatikan umat Islam kini tidak mengenal musuh mereka sendiri. Mungkin sebab itulah remaja Islam kini terlalu leka dengan serangan BARAT yang menular.. malah pemerintah kita sendiri asyik leka dan tidak tahu musuh di depan mata mereka.


Antara ciri-ciri pemerintahan beliau:

1. Perempuan dibolehkan memakai tudung dgn syarat memakai skirt.
2. Lelaki dibolehkan memakai seluar panjang dgn syarat bertali leher dan bertopi.
3. Wanita dan lelaki hendaklah menari di khalayak ramai sebagai tanda penerimaan terhadap budaya barat.
4. Menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak memakai pakaian moden.
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Menggalakkan umat Islam meninggalkan agama dan menjadi atheist (tidak mempercayai kewujudan tuhan dan agama)
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki turut diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. dan mengukir patung-patung serta tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Mendakwa agama dan urusan harian adalah dua perkara berbeza. Agama harus dihapuskan demi kemajuan.
10.Membatalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. (pada waktu kini, masjid dibuka hanya untuk beberapa minit sehari mengikut waktu solat yg ditetapkan)
15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Di saat kematian Attartuk, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi .

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


Begitulah balasan kepada musuh Allah swt. Janganlah angkuh dengan kemegahan yang Allah berikan. Ianya milik Allah.renung-renungkanlah wahai sahabatku...wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment